Pages

03 February 2013

Home » » Alkisah Aku Menjalani Ujian Lesen Kereta JPJ (Part 1)

Alkisah Aku Menjalani Ujian Lesen Kereta JPJ (Part 1)

Assalamualaikum.

Hari ni aku terbuka hati nak story mory pasal pengalaman aku ambil lesen tempoh hari. Hari tu aku ada cerita yang aku tengah belajar kereta kan. Memang best bawa kereta ni. Kalau dulu abang aku ada try ajar aku bawa kereta naik Vios dia dan aku giler gedik tak pandai bawa. Macam ular kena palu aku bawa time tu haha.

Alhamdulilah sekarang ni aku dah expert bawa kat sepang dan takde hal la kalau disuruh bawa kereta manual sekarang ni. Akan tetapi bila ujian JPJ tempoh hari merubah kisah yang aku dah lakar sejak sekian lama ni. Ok lah sebenarnye aku lulus dan juga gagal dalam ujian tersebut. Aku lulus dengan bergaya dalam ujian jalan raya bersama abam JPJ berloghat utara yang sempoi. Masa first bawa tu abam JPJ ni giler senyap bai. Benda pertama yang aku dengar "ok bole start sekarang" sampai la aku jumpa traffic light pertama menuju ke jalan A. Time tu la mulut aku mula bertanya mana nak ikut samada jalan A atau B. Dan spontan abam JPJ tu cakap pi jalan A. Lepas tu situasi senyap datang lagi.


Sampai la aku selesai buat jalan A di persimpangan traffic light turun bukit di hulu langat sana. Time tu lah abam JPJ mula bersuara dok komen kesalahan aku. Aku dah start cuak dah bila dia cakap aku tak pandai nak balance klac dengan minyak masa step bukit tu. Tapi dalam hati aku cakap " ala kereta tak mati pun" perghh giler kerek siak aku ni. Tapi dalam nada teguran abam JPJ tu takde la serius sangat. Adalah diselitkan part gelak ketawa tak keterlaluan bersama abam JPJ tu. Aku pun duk la layan nak bagi hilang nerveous tu. Sampai la habis aku drive tu dan alhamdulilah aku score 19/20 lulus bai haha. Terima kasih abam JPJ.

Part yang tak bestnye aku fail ujian litar. Sedeyyy aku. Cerita dia berbunyi begini. Giliran aku boleh kata yang awal dalam senarai turn. Tiba time aku nak naik bukit tu dalam hati dah mula bangga pasal aku memang konfiden yang aku memang boleh buat. Pasal time aku belajar naik bukit ni secara kasar dalam 10 percubaan 2 kali je kereta aku bawa tu berundur ke belakang. So time ujian tu memang takde rasa nak fail lah. Bila start je aku jalan masuk gear satu terus tekan minyak sampai tayar dengan cantik masuk dalam garisan kuning atas bukit tu. Bila semua dah ok pegawai JPJ tu suruh la aku jalan. Aku pun buat lah step macam biasa aku buat sebelum ni. Dan tiba-tiba bila aku lepas je handbrake amik ko laju benor kereta aku tu berundur. Aku pun rasa tergamam kejap time tu.


Rasa macam bullshit lah apasal kereta ni boleh berundur pulak time ni. Aku rasa kereta ni kena sabotaj ni. Hangin betul aku. Tup2 aku disuruh keluar dari kereta dan amik borang dekat JPJ tu. Aku fail tu rasanye aku boleh terima lagi pasal mungkin bukan rezeki aku kot nak lulus time ni. Tapi aku tak puas hati pasal macam ada kes pilih bulu. Lepas aku fail bukit tu aku dok perhati calon lain yang buat bukit. Aku tengok ada jugak yang tak lepas macam aku. Aku bukan nak racist tapi kalau yang chinese punya calon apsal dapat dua kali percubaan kalau tak lepas bukit? Ini serius bullshit. Kalau macam tu aku pun boleh lulus. Serius sakit hati doe.

Sekarang ni aku dah rasa serba salah kat mak aku pasal aku tak lulus dengan sepenuhnye dalam ujian ni. Nak repeat dah kena bayar rm 100++. Aku call mak bagitahu aku tak lepas and know what? mak aku rileks je dengar. Tak marah pun. Mak aku suruh cuba lagi. Lagi aku jadi serba salah kalau tak lepas lagi nanti. Tapi mak aku memang best. Kalau ayah aku confirm memang kena ayat makan dalam la jawabnye. Gua sayang mak ayah gua bai.

Ok lah sekian tu je cerita aku kali ni. Berupdate la jugak. Kan abam "SuamKuku".

Klik sini untuk sambungan Part 2

p/s : dengar cerita minggu ni class sampai malam. oh ini serius doe.

5 comments:

corat coret si budak kecil said... [Reply]

nice story . tengah blajar memandu gak skang nih

Adha said... [Reply]

@amenina timida haha yeke..gud luck yee :D

Anonymous said... [Reply]

Rabu ni 17/3/13 nak amik test JPJ kihkihkih... Tgh preg 8bln plak ni. Lantaklah tgk rezeki mcmana. Rasanya ok kot. Klu ada masalah hrp encik JPJ tu luluskan :D

Anonymous said... [Reply]

Mmg ler ko xdpt 2 Kali percubaan sbb ko dh angkt tngn..yg dpt 2 Kali percubaan tuh kalo terlebih garisan tau terkurang..bole lar turun balik..tp kes ko ni ko dh angkat tngn n jpj dh suruh turun pon..mmg lar xdpt nk tlg..

Adha said... [Reply]

@Anonymous kan. xde kat seat driver time tu mmg x tau la cerita camne. tapi nak fail nak buat camne.

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...